Kerja-kerja membasmi kuman terus dijalankan secara giat di China dalam menangani penularan Covid-19. foto Agensi

BEIJING – Wuhan yang menjadi punca penyebaran epidermik koronavirus dijangka menyaksikan penurunan kes kepada sifar menjelang akhir bulan ini, menurut Zhang Boli, pakar utama yang terlibat dalam menangani wabak ini.

Suruhanjaya Kesihatan China berkata, negara ini merekodkan 39 kes baru pada hari Rabu menjadikan jumlah kes meningkat 80,409.

Pihak berkuasa itu melaporkan 119 kes baru pada hari Selasa dan 125 kes pada hari sebelumnya.

Peningkatan kes tiga itu dicatatkan selepas tiga hari penurunan kes berkenaan disebabkan kenaikan jumlah jangkitan baru di Wuhan.

Kes koronavirus itu dikesan di Wuhan, Hubei pada akhir tahun lalu dipercayai berpunca daripada pasar.

Zhang berkata, hampir kesemua rantau di luar Hubei berjaya mengekang penularan jangkiran baru pada akhir bulan lalu.
Beliau menjangkakan bandar-bandar lain di Hubei akan mencapai sasaran itu pada pertengahan mac ini berdasarkan bagaimana penularan itu ditangani.

Bagaimanapun beliau tidak memperincikan perkara itu.

Jumlah kes baru di Hubei, tidak termasuk Wuhan masih kekal digit tunggal untuk tujuh hari berturut-turut dengan tiga jangkitan baru direkodkan pada hari Rabu.

Angka kematian akibat wabak itu di China telah mencecah 3,012 pada Rabu lalu, naik 31 berbanding hari sebelumnya.

Tambahnya, keadaan kembali normal di Chibi, bandar kecil di selatan Wuhan selepas tiada kes jangkitan baru selama 19 hari sejak 4 Mac lalu.

Berikutan itu, semua halangan jalan raya telah dibuka semula pada hari Jumaat. – MalaysiaGazette