D'Andrien Anderson

TEXAS – Seorang lelaki diperintah hukuman penjara selama 30 hari selepas mengaku bersalah menjilat aiskrim yang dibeli, kemudian meletakkannya semula di peti beku di sebuah pasar raya Walmart di sini.

Perbuatan buruk D’Adrien Anderson, 24, yang dirakam menerusi video itu telah tular pada Ogos tahun lalu.

Anderson diberi tempoh enam bulan untuk menangguhkan hukuman.

Selain penjara, lelaki itu dikenakan hukuman bekerja tanpa gaji selama 100 jam, denda sebanyak AS$1,000 dan diperintah membayar sejumlah AS$1,565 kepada syarikat aiskrim.

Disebabkan kelakuan buruk lelaki itu, syarikat pembuat ais krim, Blue Bell Creameries menggantikan semua stok aiskrim di dalam peti sejuk berkenaan dengan kos AS$1,565.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan Walmart sejurus penahanan Anderson, ia berkata: “Jika makanan dirosakkan, atau pelanggan mahu meninggalkan kesan bahawa mereka telah meninggalkan produk yang telah dirosakkan, kami akan bertindak pantas dengan penguatkuasaan undang-undang untuk mengenal pasti, menangkap dan mendakwa mereka yang berfikir perbuatan itu adalah jenaka – tetapi ia tidak sama sekali”.

Perbuatan Anderson itu selepas seorang remaja menjilat satu bekas aiskrim dan kemudian meletakkannya semula di peti sejuk di Lufkin, Texas.

Bagaimana, dia terlepas daripada tindakan undang-undang kerana di bawah usia 18 tahun. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast