Legenda bola sepak Brazil, Ronaldinho.

ASUNCION – Bekas bintang Brazil, Ronaldinho tidak akan didakwa di mahkamah kerana menggunakan pasport palsu UNTUK memasuki Paraguay, kata pegawai kanan pihak berkuasa.

Ronaldinho, 39, dan abangnya disoal siasat polis Paraguay semalam selepas menunjukkan dokumen palsu.

Pendakwaraya Federico Delfino berkata, kedua-dua beradik itu menyedari kesalahan mereka terlibat jenayah.

Kedua dua mereka dikatakan bersedia menerima hukuman alternatif.

“Kami sedang meneliti cara lain menghukum mereka berdua yang tidak melibatkan pendakwaan formal,” katanya.

Seorang lagi lelaki berusia 45, Wilmondes Sousa Lira yang mengembara bersama mereka ditahan untuk tindakan lanjut.

Hakim akan memutuskan sama ada menerima syor Delfino itu pada hari ini.

Hukuman alternatif mungkin dilakukan denhgan mengenakan denda. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast