Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun.

KUALA LUMPUR – Pas hari ini beranggapan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia ada tidak meletakkan jawatan.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti berangganggapan Datuk Azhar Azizan dan ahli-ahli SPR tidak perlu berbuat demikian walaupun berlaku perubahan kerajaan.

“Adalah jelas dalam Perlembagaan tidak ada peruntukan yang bermaksud sedemikian selagi mereka yang dilantik dalam SPR masih mendapat kepercayaan awam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Takiyuddin, Pas melihat SPR di bawah Azhar telah menjalankan tugas mengendalikan pilihan raya kecil dengan cekap, profesional dan kelihatan tidak memihak.

Bagaimanapun berbeza pula pendapat Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau mahu Azhar meletakkan jawatan secara sukarela selepas runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan (PH).

“Umum telah menyaksikan perlantikan Azhar sebagai Pengerusi SPR lebih mirip kepada perlantikan politik, bahkan tidak memenuhi Janji No.17 Manifesto PH yang memerlukan perlantikan ahli SPR melalui proses perakuan oleh parlimen selain membebaskan sepenuhnya SPR daripada campur tangan Perdana Menteri dan ahli politik dengan meletakkannya di bawah pemantauan Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah Asyraf Wajdi memberi 10 perkara menunjukkan sikap memihak SPR yang diketuai Azhar.

Antaranya kegagalan SPR ialah syarat baharu agensi itu yang mewajibkan parti dan calon mendapatkan permit untuk berkempen rumah ke rumah dan
menghalang calon DAP yang bebas berada di pusat mengundi dengan memakai pakaian berlogo parti dan kegagalan menghalang calon DAP.

Ketiga, kegagalan SPR mengambil tindakan terhadap aduan rasuah pemberian hamper-hamper kepada pengundi dalam PRK Parlimen Cameron Highlands.

Pemberian simcard percuma kepada pengundi oleh calon PH, Karmain dalam PRK Parlimen Tanjung Piai, kelima pula pengagihan minyak sawit kepada pengundi ketika berkempen di yang sama dan keenam pengumuman peruntukan sebanyak RM3 juta membina dewan di Kukup oleh menteri.

Selain itu, ketujuh pula pemberian Geran berjumlah RM230,000 dan peruntukan RM126,776 bagi lampu jalan oleh menteri, kelapan pula ialah pengumuman peruntukan RM4 juta untuk naik taraf kemudahan sukan dan rekreasi Tanjung Piai oleh menteri.

Kesembilan pula pengumuman peruntukan RM3 juta untuk tambah baik 3 jeti di Tanjung Piai, RM2 juta bagi bantuan Nelayan dan sumbangan RM5,000 untuk SJKC Pei Chio Kukup Laut oleh menteri.

Manakala kesepuluh, ceramah hasutan dan rasis perkauman Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng dan Menteri Pertanian waktu itu yang jelas bertentangan dengan Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954.

“Justeru Pemuda UMNO sekali lagi menegaskan keperluan Datuk Azhar Harun meletakkan jawatan secara terhormat bagi memulihkan keyakinan rakyat terhadap SPR sebagai badan yang mesti dilihat bebas daripada cengkaman mahupun pengaruh parti politik,” katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. memang dasar umno akan pilih puak dia juga lah nanti senang kerja. daripada ag spr sprm polis dan semua umno akan adjust. yang ada kelayakan saja umno pilih. yang lain boleh letak jawatan. kalau nak tahu kelayakan itu yang sewaktu dengan apandi ali lah

Comments are closed.