Seorang anggota penyelamat sedang memanjat pada runtuhan hotel di Fuzhou bagi menyelamatkan seorang lelaki yang terperangkap. foto Agensi

FUZHOU – Seramai 34 orang berjaya diselamatkan selepas sebuah hotel runtuh di bandar Quanzhou, di timur wilayah Fujian.

Insiden itu berlaku kira-kira pukul 7.30 malam.

Laporan awal menyatakan seramai 70 orang terperangkap dan setakat 9.55 malam, hanya 34 orang mangsa berjaya dibawa keluar.

Setakat ini tidak diketahui berapa tingkat bangunan terbabit.

Malah, punca runtuhan juga belum dimaklumkan.

Media People Daily berkata, hotel berkenaan dibuka pada bulan Jun 2018 dengan 80 bilik dan digunakan untuk mengkuarantinkan orang awam yang disyaki dijangkiti dengan koronavirus.

Fujian merekodkan 296 kes koronavirus dan 10,819 orang telah diletakkan di bawah pengawasan kerana diklasifikasikan berhubungan dengan pembawa virus. – MalaysiaGazette

70 mangsa terperangkap runtuhan hotel di China