Tun Abdul Hamid
Tun Abdul Hamid Mohamad

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat satu keputusan yang betul apabila memutuskan untuk tidak menyertai Kabinet Perikatan Nasional (PN).

Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, keputusan Ahmad Zahid itu dapat memperbaiki imej UMNO dan PN.

Bekas Ketua Hakim Negara itu berkata, beliau mahu UMNO terus kekal sebagai sebuah parti orang Melayu yang memperjuangkan hak orang Melayu di Malaysia.

Katanya, untuk UMNO terus relevan, ia perlulah membersihkan namanya daripada persepsi rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa pemimpin-pemimpinnya.

Abdul Hamid berkata, jika Ahmad Zahid memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri atau Menteri dalam PN, ia dikhuatiri mencemarkan kerajaan itu dan memberi modal kepada Pakatan Harapan untuk mengkritik.

”Perlu diingati, isunya bukan pemimpin-pemimpin itu rasuah atau tidak. Itu akan diputuskan oleh mahkamah. Isunya ialah persepsi rasuah dan penyalahgunaan kuasa itu berbangkit daripada pertuduhan terhadap mereka.

”Persepsi itu hanya akan luput jika dan apabila mereka dibebaskan daripada pertuduhan-pertuduhan itu oleh mahkamah. Maka, sehingga mereka dibebaskan, jika mereka akan dibebaskan, demi memperbaiki imej UMNO dan Kerajaan PN, eloklah mereka tidak dilantik menjadi ahli Kabinet Kerajaan PN.

”Kita juga khuatir, jika mereka menjadi ahli Kabinet Kerajaan PN, pengaruh politik akan digunakan untuk menarik balik pertuduhan terhadap mereka seperti yang dilakukan oleh Tommy Thomas terhadap Lim Guan Eng dan lain-lain pemimpin dan penyokong DAP dan Kerajaan PH,” kata beliau.

Jika ia berlaku demikian, maka ia akan mencemarkan nama baik kerajaan PN dan memberi modal kepada PH untuk mengkritik kerajaan PN bahawa ia bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang rasuah.

Abdul Hamid mengakui beliau paling lantang meminta Ahmad Zahid mengundur diri daripada memegang apa-apa jawatan
dalam UMNO dengan tujuan  memulihkan semula UMNO bagi menghadapi PRU15. – MalaysiaGazette

Zahid tolak jawatan dalam Kabinet

4 Komen

  1. Ini baru betul2 gentlemen! Berundur dahulu, bukan lama sangat pun, dua setengah tahun je!

    Yang penting jaga Muafakat Nasional baik2, tumpukan fokus kepada muafakat ini, ia nya sangat dicemburui oleh kawan dan lawan, ingatlah mereka sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan kesatuan ini!

Comments are closed.