Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau tidak akan menerima sebarang jawatan dalam Kabinet menerusi kerajaan Perikatan Nasional.

Pengerusi Barisan Nasional itu tetap akan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri menerusi kerajaan yang baru sahaja ditubuhkan.

“Sebagai Pengerusi BN (Barisan Nasional) dan Persiden UMNO saya memutuskan untuk menawarkan diri agar tidak dilantik sebarang jawatan dalam Kabinet.

“Saya berdoa semoga Allah Taala memberi hidayah kepada YAB Perdana Menteri dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Persidangan UMNO Cawangan-cawangan dalam Bahagian Bagan Datuk 2020 di Perak yang dipancarkan secara langsung di Facebook hari ini.

Sementara itu, pada sidang medianya Ahmad Zahid ketika menjawab soalan wartawan berkata, keputusannya menolak sebarang jawatan dalam Kabinet tidak dinyatakan kepada Perdana Menteri.

Katanya lagi, ia adalah berdasarkan kepada keputusan muktamad setelah mengambil kira pandangan dan semua faktor tertentu mengikut keadaan semasa ketika ini. – MalaysiaGazette

7 Komen

  1. Zahid tolak jawatan kabinet? Preposterous n funny for him to make such statement..He has not even been offered any post and how could he reject..Stupid and dumb leader…The rakyat is not stupid as we know he was just trying to save his thick skinned face as everyone knows there would not be any offer for him for such post because of his pending court cases.

  2. Bravo YB Zahid diatas keikhlasan YB…Banyak setan2 yg mempertikaikan apa apa perlantikan YB..slps nya semoga senyap dan berlalu pergi…

  3. How do u know? U were in the every discussion between Zahid and Muhyidin? Rakyat knew he is not stupid like your cult but dumb leaders i.e.Mat Sabu; Gone Eng etc. The rakyat won’t trust such a big liar anymore..PH go to hell..meroyan!

  4. zahid. kamu bantu lah muhyidin dengan jangan ganggu usahanya membela rakyat. dosa muhyidin akan terampun jika rakyat hidup mewah dan tidak terabai dalam ekonomi sekarang.

Comments are closed.