Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan (tengah) bersama Presiden Srikandi, Datuk Norasyikin Abdul Ghani dan Presiden Permas, Datuk Ismail Awang.

KUALA LUMPUR – Pertubuhan-pertubuhan (NGO) Melayu Islam dipinggirkan ketika Pakatan Harapan berkuasa, kini berharap agar tidak menerima nasib yang sama daripada kerajaan baharu Perikatan Nasional.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, NGO Melayu Islam sebelum ini dipercayai tidak menerima sebarang peruntukan untuk melakukan gerak kerja kepada masyarakat.

“Bakal Menteri Kewangan yang akan berada dalam kabinet nanti diharap menyediakan peruntukan untuk NGO bergerak dan menyumbang bakti kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

“Saya dimaklumkan selama setahun sembilan bulan ribuan NGO terbiar tanpa bantuan kerajaan PH, sebaliknya kerajaan sebelum itu (BN) dibawah Datuk Seri Najib Razak dan sebagai Menteri Kewangan sentiasa menyediakan peruntukan khas menerusi bajet tahunan sebanyak RM50 juta untuk mereka.

“Peruntukan khas itu dahulunya dimanfaat untuk membolehkan NGO menyewakan pejabat, membayar pekerja dan melakukan program kemasyarakatan di tanah air.

“Untuk melaksanakan program itu, mereka perlu memberi tumpuan khusus dan mengorbankan masa untuk menambah pendapatan diri dan keluarga,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Penyampaian Sumbangan Program Amal Anak Yatim, Asnaf dan Kurang Berkemampuan di Hotel JW Marriot di sini hari ini.

Turut hadir, penganjur bersama program Presiden Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (SRIKANDI), Datuk Norasyikin Abdul Ghani dan Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Semalaysia (PERMAS), Datuk Ismail Awang.

Seramai 100 anak yatim, asnaf dan kurang berkemampuan sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menerima sumbangan berupa kelengkapan persekolahan dan wang saku disampaikan pada majlis itu.

Sementara itu, Norasyikin memberitahu majlis itu sepatutnya diadakan pada 5 Januari lalu tetapi disebabkan tiada peruntukan oleh kerajaan lalu menyebabkan mereka terpaksa mencari ikhtiar mencari sumbangan pelbagai pihak untuk menjayakan majlis sumbangan berkenaan.

“Tanpa sokongan dan dana kerajaan NGO susah bergerak sedangkan kami adalah tulang belakang sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan.

“NGO inilah yang menjadi mata dan telinga kerajaan, masuk ke pelusuk kampung atau bandar mencari suara-suara yang tidak diketengahkan agar nasib mereka didengari dan masalah mereka diselesaikan.

“Sehubungan itu, besarlah harapan kami agar nasib NGO berubah dibawah pentadbiran Perdana Menteri baharu, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Ini membuktikan benar hipotesis bahawa kerajaan PH DAP meminggirkan Melayu dan Islam.

Oleh yang demikian tidak hairanlah Muhyiddin keluar PH dan sertai PN kerana tidak mahu kerajaan dengan DAP Rasis. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Persoalan nya, siapa audit NGO NGO ini, rakyat ditipu lagi.

    Patutlah Banyak NGO timbul bagai cendawan

    Wahai rakyat , sedar lah kamu, NGO mengunakan duit rakyat

    • Ganesan lain kali siasat dulu baru bagi komen bodoh mcm nie… NGO zaman Najib dapat duit dari kerajaan BN tapi tikam belakang dgn sokong KERAjaan PeeH… Bila kerajaan BN hilang kuasa baru sedar atas kebodohan sendiri 🙂

Comments are closed.