Runtuhan besar salji berlaku di gunung Dachstein mengorbankan lima nyawa. foto Agensi

VIENNA – Sekurang-kurangnya enam terbunuh dalam dua kejadian runtuhan salji di banjaran Austria.

Lima orang yang dipercayai warga Czech terbunuh di Dachstein, kira-kira 80 km (tenggara) di Salzburg.

Ketika kejadian, semua mangsa dikatakan dalam perjalanan untuk bermain salji.

Runtuhan salji itu kira-kira 2,800 meter (9,200 kaki), menurut polis.

Dalam kejadian yang berasingan, seorang pegawai polis berusia 33 tahun juga meninggal dunia akibat runtuhan di selatan Carinthia.

Susulan kejadian di Dachstein, tujuh helikopter digunakan untuk mengangkut kira-kira 100 penyelamat ke tapak tersebut bagi mencari mereka hilang, kata ketua pasukan penyelamat gunung, Heribert Eisl.

Runtuhan itu berlaku di bahagian utara Dachstein, di bawah pintu masuk Rankluft.

“Kami menggembleng semua kakitangan, tetapi malangnya operasi ini tidak berakhir dengan kegembiraan,” kata Eisl.

Manakala, pegawai polis yang terbunuh di rantau Carinthia dilaporkan sedang mengambil bahagian dalam latihan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast