KUALA LUMPUR – Pas menyifatkan pelantikan Datuk Seri Azam Baki sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai bukti komitmen kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut berkata, pelantikan penjawat awam menerajui agensi itu membuktikan kesungguhan kerajaan untuk memelihara integriti badan penguatkusaan berkenaan.
“Pas mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Azam yang telah diamanahkan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu.
“Pelantikan ini yang telah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong hari ini adalah bukti komitmen kerajaan mengutamakan kepentingan rakyat dan memelihara integriti badan penguatkuasa di Malaysia,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Azam yang sebelum ini Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM dilantik ke jawatan nombor satu agensi itu berkuatkuasa hari ini.
Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, Azam menggantikan Latheefa Koya yang meletakkan jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM atas lantikan politik pada 4 Jun tahun lalu.
Latheefa yang merupakan seorang peguam, menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin, 2 Mac lalu.
Ulas Tuan Ibrahim lagi, Pas melihat pelantikan Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu adalah untuk meningkatkan semula keyakinan rakyat terhadap reformasi sebenar institusi politik negara.
Kata beliau, pemilihan tokoh yang bebas daripada kecenderungan politik kepartian itu sangat penting bagi menjamin ketelusan dan keadilan.
“Semoga tidak timbul lagi alasan daripada pihak tertentu mengenai pendakwaan terpilih atau bermotif politik dalam kes yang berprofil tinggi.
“Kita berharap tindakan yang dilakukan sepanjang seminggu pentadbiran kerajaan baharu memberi impak positif kepada perjalanan urus tadbir negara dan keharmonian rakyat sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 nanti,” katanya.
Beliau sebolehnya meminta semua pihak menggelakkan diri daripada terlalu banyak bermain politik, sebaliknya fokus kepada pembangunan Malaysia yang sejahtera. – MalaysiaGazette
Tahniah buat DS azam baki…smoga dpt krrja dgn berintergrti..insyllah.
Tahniah DS Azam Baki. Ini baru bukan lantikan politik. Perlantikkan AG baharu dan DS Azam adalah bukti ketelusan TSMY memartabatkan Kerajaan Terkini berbanding “kera” yang dulu. Pakatan Hampeh telah melantik AG n Ketua Pesuruhjaya SPRM terdahulu berdasarkan agenda politik jalan belakang tanpa mengira kelayakkan dan sensitivity masyarakat. Peguam yang cetek selok belok tentang SPRM telah dipertanggungjawabkan oleh Atuk Medey untuk menjaga SPRM sedangkan DS Azamlah yang seharusnya dari dulu dilantik bukannya orang asing.