Datuk Seri Dr. Dzulkifli Mohamad Al-Bakri
Dr. Dzulkifli Mohamad Al-Bakri.

PUTRAJAYA – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mencatat sejarah apabila menjadi mufti pertama yang diangkat menjadi menteri penuh.

Dr Zulkifli Al Bakri diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Agama dalam senarai Kabinet baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau akan dilantik sebagai senator dahulu sebelum angkat sumpah jawatan.

Awal bulan ini, Zulkifli Al-Bakri dilihat mengunjungi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berlangsung di Pejabat Perdana Menteri, di Kompleks Perdana Putra. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast