KUALA LUMPUR – Tindakan Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Syahredzan Johan yang ‘syok sendiri’ dengan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap MCA memakan dirinya sendiri.

 

Syahredzan, yang juga merupakan seorang peguam, mengkritik

ucapan tahniah yang di muat naik MCA untuk Presidennya, Datuk Seri Wee Ka Siong yang dilantik sebagai Menteri Pengangkutan.

 

Beliau mendakwa ucapan tahniah itu hanya disiarkan dalam bahasa Inggeris dan Cina dan tidak disiarkan dalam Bahasa Melayu.

 

Bagaimanapun dakwaan tersebut dikecam netizen selain pemimpin parti kerana MCA telah memuat naik ucapan dalam Bahasa Melayu ‘tiga jam’ lebih awal sebelum Syahredzan mempersoalkan perkara itu.

 

Malah umum sedia maklum, MCA merupakan antara parti yang banyak menggunakan bahasa kebangsaan dengan Ka Siong turut fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.

Menurut Exco Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) Kebangsaan, Mathis Sarawanan, beliau kecewa dengan tindak tanduk seseorang yang bergelar setiausaha politik kepada pemimpin veteran seperti Kit Siang boleh bercakap sesuka hatinya.

 

Kata Mathis yang juga Ketua Pemuda MIC Bahagian Bayan Baru, dengan keadaan politik tidak menentu sejak kebelakangan ini yang menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, DAP seolah-olah tidak serik.

 

“Sebenarnya saya langsung tidak faham, mengapa isu seperti ini juga anda hendak cuba politikkan? Adakah ini satu cubaan keruhkan isu politik serta perkauman pada masa ini? Apakah sebenarnya niat kamu Syahredzan?

“Walaupun MCA muat naik ucapan tahniah dan selamat bertugas dalam tiga bahasa, termasuk Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina, namun kamu yang juga Setiausaha Politik kepada pemimpin veteran seperti Lim Kit Siang boleh keluarkan kenyataan tidak bertanggungjawab seperti?

 

“Saya harap saudara Lim Kit Siang dapatlah beri kata dua kepada pegawai politik kamu yang kurang sikit pemahamaannya. Janganlah cuba main persepsi seperti MCA tidak hormat pada Bahasa Kebangsaan.

 

“Cukuplah politik murahan seperti ini, fokus sedikit kepada apa yang menjadi laungan kamu selama ini, utamakan rakyat kurangkan berpolitik, lagi-lagi kamu sudah menjadi pembangkang kembali,” katanya kepada MalaysiaGazette.

 

Jelas Mathis, Syahredzan seharusnya memohon maaf dan lebih berhati-hati sebelum membuat apa-apa kenyataan ‘berapi’ seperti itu lagi.

 

“Adakah kamu masih ingat lagi apabila menuduh orang lain politik perkauman, sikit-sikit isu kaum. Sekarang siapa yang mula? Tolonglah. Tidak sedar diri ke? Rakyat bukan bodoh untuk terus dipermainkan seperti ini.

 

“MCA muat naik ucapan dalam Bahasa Melayu tiga jam sebelum Syahredzan tanya. Tidak sempat ‘semak’ terlebih dahulu? Cukuplah Syahredzan,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Akai ada x guna otak ada tp x berfunsi ni lah jadi lambat siang nak kutuk org

Comments are closed.