Datuk Moehamad Izat Emir.

PETALING JAYA – Dewan Perdagangan ASEAN yakin barisan Kabinet baharu kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertambah maju meskipun keadaan ekonomi dunia tidak menentu.

Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir berkata, pertubuhan bukan kerajaan itu (NGO) yakin bahawa rakyat akan memberikan sokongan sepenuhnya kepada Perdana Menteri selepas melantik barisan Kabinet baharu yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang masing-masing.

“Pihak kami menyambut baik pengumuman pelantikan barisan kepimpinan baharu yang pastinya akan mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama dengan NGO bagi mencari strategi dalam mencapai kemajuan negara selain membantu isu-isu rakyat.

“Malaysia mempunyai pelbagai bilang bangsa dan industri-industri yang boleh membawa negara ini ke arah lebih baik dengan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Tambah Moehamad Izat, beliau percaya langkah-langkah ekonomi yang lebih kukuh akan dapat dirangka serta dilaksanakan oleh barisan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, langkah itu sebagai usaha membantu usahawan mikro, kecil dan sederhana dalam membolehkan mereka menjana perniagaan supaya lebih kukuh dan berdaya saing.

“Usaha itu membuktikan kerajaan mendengar suara rakyat. Pihak saya juga bersedia untuk menghadapi segala cabaran dan memainkan peranan sewajarnya untuk membantu memenuhi hasrat kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri baharu,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast