The night view of skyscraper, the Exchange 106 Tower at Tun Razak Exchange (TRX) in Kuala Lumpur. PIX: IQBAL BASRI / MalaysiaGazette / 14 AUGUST 2019
The night view of skyscraper, the Exchange 106 Tower at Tun Razak Exchange (TRX) in Kuala Lumpur. PIX: IQBAL BASRI / MalaysiaGazette / 14 AUGUST 2019

KUALA LUMPUR- Syarikat hartanah IJM Corp. Bhd. dianugerahkan kontrak bernilai RM530 juta bagi membina dua buah blok bangunan pangsapuri servis di Tun Razak Exchange, dekat sini.

Syarikat tersebut dalam satu kenyataan berkata, anak syarikatnya, IJM Construction Sdn. Bhd. telah menandatangani surat penerimaan daripada LQ Residential 1 Sdn. Bhd.  bagi kerja-kerja struktur untuk projek tersebut.

Katanya, tempoh untuk menyiapkan projek tersebut adalah selama 36 bulan dan dijangka siap menjelang Mei 2023.

Projek merangkumi Menara A setinggi 53 tingkat (443 unit) dan Tower B setinggi 57 tingkat (453 unit) termasuk kemudahan residensi, tujuh tingkat podium dan tempat meletak kereta bertingkat, lantai mezzanine dan satu tingkat kawasan komersial.- MalaysiaGazette