Ronnie Liu.

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pusat DAP (CEC), Ronnie Liu berkata, ada kalangan masyarakat yang menasihatkan mereka supaya membiarkan kerajaan pintu belakang yang diterajui Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menemui kegagalan.

Ronnie yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek berkata, pada masa yang sama Pakatan Harapan akan menumpukan kepada usaha menjenamakan semula gabungan parti pembangkang itu.

“Pimpinan PH pula lebih fokus dalam jenama semula (rebranding) pada masa ini,” dakwanya menerusi laman Facebook.

Ronnie menyatakan demikian sejurus selepas Muhyiddin yang merupakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan barisan Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN).

PH memegang tampuk pentadbiran negara setelah menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Gabungan komponen PH termasuklah Bersatu, PKR, DAP, Parti Amanah Negara dan Parti Warisan Sabah namun Bersatu bertindak keluar PH untuk menyertai Pakatan Nasional menyebabkan kerajaan PH tumbang.

Selain Bersatu, PN di anggotai Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.