Ahmad Faizal Azumu

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak menolak jangkaan ada lagi Ahli Dewan Undangan (ADUN) di Perak yang mungkin ‘lompat’ untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) pada masa terdekat ini.

Beliau yang menemui media selepas menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi mempersembah maklum situasi terkini politik negeri memberikan ‘bayangan’ tersebut.

Ketika disoal wartawan mengenai kemungkinan itu,  Ahmad Faizal menjawab:

“Itu berita ‘fantastic’ bagi tubuh kerajaan baharu di Perak. Sekiranya begitu, kita akan mempunyai dua pertiga sokongan penubuhan kerajaan PN selepas ini.”

Beliau berkata demikian di luar Istana Kinta selepas menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bagi mempersembahkan perkembangan politik terkini di negeri itu.

Di Perak, kerajaan negeri memerlukan 39 kerusi bagi membentuk dua pertiga majoriti dan ketika PN sudah mempunyai 35 kerusi.

Dalam pada itu, ketika diminta memberi pandangan beliau tentang tiga ADUN yang bertindak meninggalkan parti masing-masing dan menyertai PN, Ahmad Faizal berkata ianya satu situasi berbeza.

Mereka terdiri daripada ADUN Tronoh daripada DAP, Paul Yong Choo Kiong, ADUN Titi Serong daripada AMANAH, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim dan ADUN Buntong A Sivasubramaniam (DAP)

“Sedikit berbeza, tiga ADUN menyatakan keluar parti masing-masing dan menyokong saya selaku ADUN Cenderiang, itu ada sedikit perbezaan di situ. Saya ucapkan di atas sokongan oleh mereka bertiga.

“Saya selesa dan pernah bekerja rapat dengan mereka sebelum ini, tentunya walauapapun kapasiti saya selepas ini, saya akan dapat bekerja dengan mereka,” ujarnya.

Mengenai pertemuan dengan Sultan Nazrin pagi tadi, kata Ahmad Faizal beliau mempersembah maklum situasi terkini politik negeri.

“Saya juga telah sembah maklum dengan gabungan antara Bersatu, UMNO dan Pas di Perak dan hasrat penubuhan kerajaan baharu.

“Kami telah mempunyai 32 undi majoriti bagi membentuk kerajaan PN, saya juga telah sembahkan bagaimana PPBM telah keluar dari Pakatan Harapan (PH) sekaligus tergugurlah kerajaan negeri di Perak.

“Juga telah sembah maklum saya meletak jawatan sebagai Menteri Besar selain melucutkan kesemua jawatan Exco negeri, kini kita tunggu titah Tuanku selepas ini.

“Kami sepakat menerima apa sahaja titah oleh Duli Yang Maha Mulia memilih Menteri Besar baharu sekaligus menubuhkan kerajaan baharu. Istana juga akan tentukan tarikh angkat sumpah kelak,” ujarnya.

Ahmad Faizal semalam mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada UMNO, PAS dan Bersatu mendapat sokongan 32 ADUN bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu. –MalaysiaGazette

 

3 Komen

  1. Tak lama lagi ledah dan negeri sembilan bertular menteri besar. Tak payahlah mulhhiz tu. Apa ke benda dia.

  2. Janji rakyaat hidup aman dan x tertekan dgn mainan politik sapa pun kejaan nya perlu ingat rakyaat yg menaikan dan rakyaat juga bleh menumbang kan nya.bekhidmat untuk rakyaat dan negeri.

Comments are closed.