Annuar Musa
KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berharap pintu depan segera dibuka dengan Parlimen dibubarkan seperti mana hasrat Muafakat Nasional dari awal lagi.
Dalam ciapan di laman Twitter, Annuar yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, dengan terbubarnya Parlimen maka diserahkan kepada rakyat sejauh mana mereka mahu bersama ‘geng’ DAP.
“Setelah kerosakan yangg ditinggalkan PH diuruskan dan wabak Covid-19 reda, kita harap pintu depan segera dibuka dengan Parlimen dibubarkan seperti mana dari awal dimahukan oleh MUAFAKAT NASIONAL.
“Kita serah pada rakyat, sejauh mana rakyat mahu geng bersama DAP ini,” katanya.
Menyambung ciapannya, Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, masalah Pakatan Harapan adalah mereka berada dalam sindrom penafian dan menyalahkan pihak lain secara kekal.
“Mereka yang berebut jawatan, mereka yang letak jawatan, mereka yg terjun tingkap dari Pakatan,” katanya.
Annuar berkata, Pakatan Harapan semacam berwirid kononnya kerajaan Perikatan Nasional yang terbentuk sekarang adalah kerajaan pintu belakang.
“Mereka tidak pernah sedar kesilapan mereka,” katanya.
Dewan Rakyat dijadual bersidang pada 18 Mei depan- 
Muafakat Nasional yang terdiri daripada Barisan Nasional dan Pas menetapkan pendirian supaya diadakan pilihan raya selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sehingga membawa kepada runtuhnya kerajaan Pakatan Harapan.
Hasrat itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh pelbagai pihak atas alasan perbelanjaan yang besar iaitu RM800 juta diperlukan untuk pilihan raya diadakan. – MalaysiaGazette 

8 Komen

  1. Baguslah jika awak sedar, umno ditolak kerana merompak duit dan sekali lagi merompak mandat rakyat bersama dgn pengkhianat2 yg selama ini musuh dlm selimut dlm pakatan harapan… tak sabar nak tengok kamu semua tumbang di tangan rakyat…

  2. rm2.6b yg Najib terima tu dah terbukti duit derma dari arab saudi.
    Masih nak cakap duit curi?. Nampak sangat dah sesat dan terpesong dari kebenaran hakiki.

  3. Saya juga ambil pendekatan BUBAR utk beri laluan GE15 yg dilihat lebih tulus berbanding pembentukan kerajaan yg ada sekarang ini.

  4. bila MN nk bubar ckp bazir duit rakyat,bila kerajaan terbentuk memikirkan diri sendiri,nk macam mana lagi??

Comments are closed.