KUALA LUMPUR – Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor tidak pernah mengeluarkan berita berkaitan dengan penularan Covid-19 di Pasir Gudang mahupun di mana-
mana kawasan sekitar Negeri Johor.

Orang ramai diingatkan agar tidak menyebarkan sebarang berita dan maklumat tentang wabak itu tanpa menyemak terlebih
dahulu dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kata JKKP dalam satu kenyataan. – MalaysiaGazette