Azalina Othman said
Azalina Othman Said

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said sekali lagi mempersoalkan pelantikan menteri kanan dalam Kabinet yang didakwa tidak mengikut jumlah kerusi parlimen setiap parti.

Beliau berkata, sebagai menghormati kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN), sejauh mana kewajaran Bersatu mempunyai dua menteri kanan sedangkan Perdana Menteri sendiri daripada parti sama.

“Dalam menghormati semangat kerjasama gabungan, tidakkah kita (UMNO) layak mendapat tawaran yang lebih adil?

“Matematik ringkas mengenai gabungan ini, di mana Bersatu yang menguasai 28 peratus dalam gabungan ini mempunyai seorang perdana menteri dan dua menteri kanan.

“Bagaimanapun UMNO yang menguasai 35 peratus dalam PN hanya mempunyai seorang Menteri Kanan,” katanya ketika menciap di Twitter miliknya hari ini.

Pada Isnin lalu, pembentukan Kabinet baharu menyaksikan dua pemimpin Bersatu dilantik sebagai Menteri Kanan.

Antaranya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Seorang lagi menteri kanan daripada Bersatu ialah Dr Mohd Radzi Md Jidin dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

Bagaimanapun UMNO hanya ada seorang menteri kanan yang dilantik iaiti Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Menteri Dalam Negeri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Bersatu dh lama berkubang dalam ph…tu sebb Pembahagian mengikut majoriti pun x pandai.. Nampak sangat nak gunakan MN.
    Pru15 kita tendang Bersatu!! Skrg bersabar je sebab taat setia pd titah YDPA.

Comments are closed.