Tom Hanks dan Rita Wilson. foto Agensi

LOS ANGELES – Pelakon, Tom Hanks dan isteri Rita Wilson, kedua-duanya, disahkan positif coronavirus di Australia.

Perkara itu sahkan oleh Hanks menerusi Twitter.

Hanks kini berada di Australia kerana terlibat dalam penggambaran sebuah filem.

Pasangan itu didapati positif untuk penyakit pernafasan.

”Kami telah diuji untuk koronavirus dan didapati positif,” kata Hanks.

Menurutnya, Wilson akan “diuji, dipantau dan dikuarantin bagi keperluan kesihatan dan keselamatan awam. – MalaysiaGazette