Seorang bekas kerani firma guaman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 138 pertuduhan membabitkan pecah amanah lebih RM100,000 sejak 2012 hingga 2015.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Mac — Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak ke atas wang berjumlah RM10,747,042.77 didakwa berkaitan dengan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disita daripada Jakel Trading Sdn Bhd.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas berpuas hati bayaran yang diterima oleh Jakel Trading selaku responden adalah dalam transaksi urus niaga biasa syarikat itu.

“Dalam kes ini apa yang perlu ditentukan oleh mahkamah ialah sama ada harta yang disita RM10,747,042.77 adalah hasil daripada aktiviti haram.

“Bayaran yang diterima oleh responden adalah bayaran bagi barangan yang dibekalkan dan responden tidak seharusnya dipersalahkan serta dihukum kerana menerima bayaran bagi barangan yang dibekalkannya.

“Atas imbangan kebarangkalian pemohon telah gagal membuktikan harta tersebut adalah hasil daripada aktiviti haram,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Farah Yasmin Salleh selaku pemohon kemudian memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut dan justeru memohon untuk satu penggantungan pelaksanaan perintah terhadap keputusan itu.

Hakim Muhammad Jamil memerintahkan pihak pemohon untuk memfailkan permohonan tersebut dalam masa tujuh hari bermula tarikh hari ini.

Dalam prosiding itu, Jakel Trading diwakili peguam Thevini Nayagam dan Habizan Habeeb Rahman.

— BERNAMA

1 Komen

  1. What to appeal, ok go ahead. Now SPRM latest news anak LGE being detained with USD TWO MILLIONS. How a young guy can have that large sum of money with him. To carry 2M the currency must in big denominations…. ONE USD = RM 4.10

Comments are closed.