Malaysia Airlines menerima 11 kelulusan ATR.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) memperkenalkan dasar perubahan ke atas tiket penerbangan yang paling fleksibel, menawarkan pengubahsuaian tanpa had dan percuma kepada semua tempahan baharu dan sedia ada, berkuat kuasa serta-merta berikutan kesan penularan COVID-19.

Syarikat penerbangan nasional itu berkata, semua pelanggan boleh memanfaatkan perubahan tanpa had bagi tarikh penerbangan mereka dengan pengecualian fi perubahan tarikh dan mereka juga boleh mengubah suai destinasi, dengan sebarang perbezaan tambang akan dikenakan.

“Dasar ini terpakai bagi tiket yang dikeluarkan pada dan sebelum 31 Mac, 2020. Semua tempahan semula perlu dibuat pada atau sebelum 31 Mei, 2020. Perjalanan balik bagi tempahan semula itu perlu dibuat sebelum atau pada 31 Dis, 2020,” menurut syarikat itu menerusi kenyataan hari ini.