PUTRAJAYA – Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) tidak berhasrat memperluaskan kawasan penanaman kelapa sawit di negara ini.

Menurut satu kenyataan, sebaliknya MPIC komited meningkatkan produktiviti serta hasil tanaman sawit negara.

“Adalah dimaklumkan bahawa Menteri komited terhadap fokus meningkatkan produktiviti serta hasil tanaman sawit negara berbanding meluaskan kawasan penanaman seperti yang dilaporkan beberapa media hari ini.

“Ini seiring dengan polisi yang diputuskan pada Mac 2019 di mana kawasan penanaman sawit seluruh negara dihadkan kepada 6.5 juta hektar sahaja,” katanya  hari ini.

Menurut kenyataan itu, polisi berkenaan adalah bagi menghentikan penukaran kawasan hutan simpan kekal dan tanah gambut kepada kawasan penanaman kelapa sawit selain mengukuhkan lagi peraturan sedia ada mengenai kelapa sawit yang ditanam di tanah gambut.

“Justeru, MPIC mengharapkan agar kekeliruan maklumat yang disampaikan pada sidang media berkenaan telah diperjelaskan,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast