Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin politik diminta melakukan gencatan politik sementara waktu ini untuk berdepan dengan pandemik wabak Covid-19 dan krisis ekonomi yang kini menghantui rakyat di negara ini.

Gesaan itu dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki yang mahu semua pemimpin memberi fokus kepada maslahah rakyat yang lebih besar.

”Hentikan seketika perbalahan politik dan ketidakpuasan hati dalam isu pelantikan anggota kabinet demi memelihara dan memfokuskan maslahah rakyat yang lebih besar.

”Ayuh! Kita sama-sama berganding bahu menangani kemelut ekonomi dan koronavirus Covid-19 secara bersama. Kita panjatkan doa agar Allah memelihara dan menghindari kita daripada wabak Covid-19 yang menakutkan ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Beberapa pemimpin UMNO melahirkan rasa tidak puas hati dengan pembahagian Kabinet yang dipimpin oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa tidak diagih-agihkan secara adil kepada parti itu.

Ini kerana, dakwa mereka, pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendapat kementerian yang lebih utama berbanding UMNO yang memiliki kerusi Parlimen lebih banyak. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. yang pertama sekali kerajaan pn fokes ialah ahli kabinet biar besar dan ramai. tak ada dah cara lain nak ambil harta negara ini secara sah nya melainkan ini lah caranya. patut tambah lagi sampai seratus orang. barulah pm bijak. lebih bijak dari najib

Comments are closed.