China menggunakan pelbagai teknologi untuk mengekang penularan koronavirus baru. foto Agensi

BEIJING – Wuhan yang menjadi pusat wabak koronavirus merekodkan lima kes baru semalam- dua hari berturut-turut dengan kes baru kurang daripada 10.

Malah, tiada kes baru pemindahan jangkitan tempatan dilaporkan di seluruh negara.

Wuhan merekodkan lima kes baru pada hari Khamis, jumlah itu susut berbanding lapan kes pada hari Rabu.

Manakala Hubei pula tiada kes jangkitan baru selama lapan hari berturut-turut.

Wilayah itu juga menurunkan penilaian risiko wabak di beberapa bandar dan wilayah, menjadikan Wuhan sati-satunya lokasi “berisiko tinggi” pada akhir 12 Mac, menurut akhbar Hubei Daily.

Suruhanjaya Kesihatan China pada hari Khamis berkata, epidemik koronavirus China telah melepasi kemuncaknya, walaupun penggera ke atas virus yang semakin intensif di tempat lain.

Pusat kewangan Shanghai melaporkan dua kes baru, manakala Beijing menyaksikan satu kes, semuanya diimport oleh individu yang berkunjung ke China dari kawasan yang terjejas dengan virus berkenaan dari luar negara, kata pihak berkuasa kesihatan itu.

Kes tersebut membawa jumlah jangkitan baru di China kepada lapan hari Khamis, turun dari 15 hari sebelumnya.

Setakat ini, jumlah kes terkumpul koronavirus di China adalah 80,813. – MalaysiaGazette