Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyangkal dakwaan kerajaan berhasrat untuk menaikkan Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau cukai jalan seperti yang tular di media sosial.

Tegasnya, harga LKM masih sama dan tiada sebarang perubahan seperti yang didakwa.

Oleh itu, orang ramai dinasihati tidak mudah terpedaya dengan sebarang maklumat yang tidak benar tanpa merujuk kepada sumber yang sahih. – MalaysiaGazette