Paimuzi Yahya

KUALA LUMPUR – Tilawah dan Menghafaz al-Quran peringkat Antarabangsa yang dijadualkan pada 6 hingga 11 April ini ditangguhkan pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Paimuzi Yahya berkata, penangguhan itu dibuat berikutan keputusan kerajaan agar semua perhimpunan termasuk acara melibatkan penyertaan dalam dan luar negara ditangguhkan kerana situasi semasa wabak Covid-19.

Katanya, tilawah itu yang sepatutnya berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) merupakan acara tahunan negara sejak 61 tahun lalu.

Acara itu kata beliau, disertai lebih 60 negara seluruh dunia bagi memperdengarkan bacaan dan hafazan ayat suci al-Quran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast