Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra bersama penyokong pada Majlis Makan Tengah Hari Bersama Penyokong Media Sosial di Goat2gofarm, MAEPS, Sedang, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 15 MAC 2020.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak terharu apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengiktiraf beliau jauh lebih bahaya daripada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pengiktirafan itu diterima hanya kerana aktif selama 21 bulan membuat hantaran di Facebook miliknya setiap hari.

Malah kata Ahli Parlimen Pekan itu, ada pengikut merasakan tidak lengkap hari mereka jika tidak membaca hantarannya setiap hari ini.

“Tun Mahathir kata saya lagi bahaya Anwar Ibrahim. Sedikit banyak satu pengiktirafan selama 21 bulan tidak henti buat hantaran.

“Rakyat boleh periksa hantaran saya dan mereka sampai orang biasa periksa hari-hari dan rasa tidak lengkap hari mereka.

“Ada yang nak tahu maklumat serius dan tepat serta tidak political colouring. Mereka rujuk hantaran saya sebab selama ini kalau rujuk kenyataan menteri banyak cakap bohong,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis makan tengahari bersama 100 penyokong media sosial di goat2gofarm di Maeps, Serdang hari ini.

Mengulas Kerajaan Perikatan Nasional, Najib menambah, masih terlalu awal untuk melihat hasilnya namun gembira dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO yang hanya mengiktiraf gabungan itu hanya dalam kalangan ahli parlimen dan bukan antara parti.

“Kalau hendak bergabung dengan parti bunga (Bersatu), pastikan tidak rugikan UMNO,” tegas beliau. – MalaysiaGazette

 

3 Komen

  1. Tak tahu nak kata apa, krn mengikut kata DSN beliau diiktiraf sbb setiap hari menulis hantaran di fb. Sama ada cara DSN berfikir sudah “terbalik” atau ada saraf2 pemikiran yg sudah “putus”. Dari kenyataan YABTun, DSN lebih bahaya dr DSAI krn DSN merompak wang negara dan penyangat BUKAN sbb membuat hantaran fb setiap hari. DSN tolong baca, fahami serta hayati semula kenyataan YABTun itu, usah perasan! Ada baiknya DS diam dan bermuhasabah diri.

  2. Memang dia lebih bahaya kerana dia tu raja perompak, penyanggak dan boleh mengakibatkan m’sia ni muflis. Hutang m’sia pun semakin meningkat sepanjang dia mentadbir dan mempromosikan rasuah’money is king’.

Comments are closed.