Pusat Konservasi Gajah di Kuala Gandah

KUALA LUMPUR – Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah,Pahang ditutup sementara untuk lawatan orang awam bermula Isnin sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut kenyataan Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia di laman Facebooknya semalam, tindakan itu bagi mengekang penularan virus Covid-19 dan selaras saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sehingga semalam sebanyak 190 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan di negara ini. – MalaysiaGazette