Khalid Abdul Samad. foto IQBAL BASRI, 16 MAC 2020

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menarik balik kata-kata yang dilontarkan dalam siaran langsung di laman Facebook semasa di Terengganu iaitu “Presiden Pas sudah tidak centre” merujuk kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) turut meminta maaf kerana mengeluarkan kata-kata berbentuk serangan itu terhadap Presiden Pas.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di sini, Khalid berkata, beliau telah dihubungi oleh penasihat umum Amanah iaitu Datuk Seri Ahmad Awang yang menasihatkannya supaya menarik balik kenyataan berbentuk serangan peribadi terhadap Abdul Hadi.

“Searangan peribadi iaitu ialah”Presiden Pas tidak centre” apabila Abdul Hadi berkata bsesiapa ingin belajar politik Islam boleh rujuk kepada Pas.

“Saya tarik balik dan meminta maaf. Saya tidak berniat pun buat serangan peribadi dan tidak ada untungnya buat serangan peribadi,” kata Khalid.

Artikel berkaitan: Khalid Samad kena pukul?

Artikel berkaitan: Mereka desak saya minta maaf, kenapa? – Khalid Samad

Bagaimanapun, menurut Khalid beliau mempertahankan hujahnya bahawa Pas bukanlah model politik Islam terutamanya merujuk kepada perkembangan politik mutakhir ini yang menyaksikan parti itu bekerjasama dengan UMNO dan Bersatu untuk membentuk kerajaan yang didakwa oleh Khalid sebagai kerajaan pintu belakang.

Kelmarin Khalid membuat laporan polis di Terengganu mendakwa beliau telah diprovok oleh para penyokong Pas yang marah kerana kata-kata “Presiden Pas tidak centre”.

Dakwa Khalid kumpulan penyokong fanatik itu telah mengikut beliau sehingga ke perkarangan balai polis bagaimana mereka beredar atas arahan pihak polis – MalaysiaGazette

 

 

1 Komen

Comments are closed.