Tertuduh Uematsu, 30, dihukum gantung selepas disabitkan kesalahan menikam dan mebunuh 19 oku dalam insiden tahun 2016 lalu.

YOKOHAMA – Seorang lelaki warga Jepun dijatuhkan hukuman mati selepas disabitkan kesalahan membunuh seramai 19 orang kelainan upaya (OKU) menggunakan pisau pada tahun 2016.

Tertuduh, Satoshi Uematsu, 30, mengaku bersalah menikam sehingga mati dan mendatangkan kecederaan serius terhadap mangsa di sebuah pusat penjagaan orang kurang keupayaan mental semasa bekerja di premis yang terletak di Tokyo.

Dalam kejadian itu, seramai 26 lagi mangsa telah tercedera teruk apabila kebanyakannya ditikam semasa tidur.

Tertuduh memberitahu mahkamah Februari lalu bahawa dia terpaksa menyerang mereka kerana golongan itu merupakan beban untuk masyarakat dan melalui pembunuhan sahaja beban itu akan dapat dikurangkan.

Uematsu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh hakim Kiyoshi Aonuma dan menjelaskan jenayah itu dirancang dan terdapat bukti kukuh keinginan suspek untuk membunuh dalam membacakan keputusan di bilik mahkamah yang penuh dengan ahli keluarga suspek.

Semasa mahkamah bersidang tertuduh duduk dengan tenang dengan berpakaian hitam. Semasa perbicaraan pada Februari lalu, Uematsu menjelaskan, dia menerima apa sahaja hukuman dari mahkamah dan tidak akan merayu.

Peguambelanya berhujah pada awal perbicaraan kes pada Januari bahawa Uematsu tidak waras daripada segi mental dan berada di bawah pengaruh ganja semasa melakukan jenayah tersebut.

Namun pendakwaraya menyatakan pandangan tertuduh tetap bertanggungjawab atas perbuatannya sebelum dikekalkan oleh hakim.-MalaysiaGazette