Virgil van Dijk

KUALA LUMPUR – Bek kental Liverpool, Virgil van Dijk mengakui dia akan menjadi pemain paling kecewa dan sedih jika penyokong setia tidak dapat menyaksikan kelab itu menjulang trofi Liga Perdana kali pertama dalam tempoh 30 tahun gara-gara wabak Covid-19.

The Reds kini jauh di puncak liga dengan mendahului 25 mata tetapi bola sepak di seluruh negara digantung sehingga 3 April ini.

Mereka hanya memerlukan dua lagi kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan dan Barber berkata adalah tidak adil jika pendahulu liga itu tidak dianugerahkan trofi.

Langkah beraksi tanpa penonton mungkin menjadi salah satu perancangan yang diambil untuk melengkapkan jadual perlawanan musim ini.

“Siapa yang mahu bermain tanpa penyokong? Jika kami menjulang piala dalam stadium kosong tanpa penyokong, saya sangat simpati kepada mereka,” kata pemain antarabangsa Belanda itu.

“Namun jika tanpa aksi penonton di Anfield, ia satu yang mengecewakan. Tetapi jika keputusan telah dibuat, kami tetap menghadiahkan gelaran liga kepada penyokong setia kami,” ,” kata Van Dijk, 28.

Pada Sabtu lalu, Ketua Eksekutif Brighton, Paul Barber berkata ‘sukar digambarkan’ jika liga disambung pada awal April berdasarkan wabak Covid-19 yang tidak menunjukkan tanda reda. – MalaysiaGazette