WASHINGTON – Pelakon popular Hollywood, Idris Elba mengesahkan beliau positif jangkitan Covid-19.

Dalam satu rakamam video muat naik di laman Twitter, bintang dari United Kingdom itu bagaimanapun menjelaskan dia tidak mengalami sebarang simptom.

Jelas Idris, dia telah menjalani ujian Covid-19 kerana mempunyai kontak dengan seorang yang positif virus itu.

“Duduk di rumah dan kekal pragmatik. Saya akan kemaskini mengenai kesihatan saya. Jangan panik,” jelas beliau.

Idris kini dikuarantinkan serta-merta.

Selain itu, dia turut menasihatkan agar semua orang melakukan menjarakkan diri bagi mengekang penularan virus tersebut.

Idris terkenal dengan wataknya dalam filem Beasts of No Nation, Thor, Pacific Rim dan siri televisyen Luther. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast