Logo UiTM

KUALA LUMPUR – Semua operasi perkhidmatan UiTM melibatkan pelajar, makmal dan Pusat Tanggungjawab ditutup sepenuhnya mulai esok sehingga akhir bulan ini.

Penutupan itu selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dalam usaha kerajaan mengekang penularan Covid-19.

Sehubungan itu, semua aktiviti universiti ditangguhkan.

Penangguhan itu termasuk semua pelajar yang sedang menjalani latihan praktikal.

Cuti pertengahan semester pula dijadualkan semula mulai 1 April hingga 12 April ini.

Sehubungan itu, Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Ir Dr Mohd Azraai Kassim berkata, pelajar-pelajar diminta mengosongkan kolej kediaman dan pulang ke rumah masing-masing mulai hari ini hingga 12 April.

Manakala pelajar antarabangsa pula diminta kekal di kediaman masing-masing dan berurusan dengan Pejabat Hal Ehwal Antarabangsa. – MalaysiaGazette