Gambar hiasan

NEW YORK – Harga minyak ditutup di bawah AS$30 setong dalam dagangan hari ini selepas pandemik koronavirus menyebabkan pertumbuhan ekonomi dan permintaan ke atas minyak merudim.

Situasi bertambah getir apabila Arab Saudi dan Rusia masih ‘berperang’ untuk menguasai pasaran.

Niaga hadapan minyak Brent susut sebanyak AS$1.32 setong kepada AS$28.73 – kali pertama ditutup di bawah AS$30 setong sejak tahun 2016.

Manakala minyak west Texas Intermediate (WTI) jatuh AS$1.75 setong kepada AS$26.95 setong.

Harga minyak jatuh meskipun pasaran ekuiti melantun semula selepas merekodkan kerugian pada hari Isnin.

Walaupun, penurunan permintaan akibat pandemik, Arab Saudi dan Rusia masih meneruskan perang harga selepas kedua-dua pengeluar itu gagal mencapai kata sepakat untuk melanjutkan pengurangan bekalan minyak dunia dalam pasaran,

“Penurunan permintaan berlaku setiap jam,” kata John Kilduff, rakan kongsi di Again Capital Management di New York.

Penganalisis berkata, pasaran niaga hadapan terjejas oleh kemerosotan dalam pasaran fizikal, yang menunjukkan kesukaran dalam mengalihkan eksport kerana minyak Arab Saudi yang murah membanjiri dunia.

Minyak WTI di Houston Timur, harga utama harga minyak yang dihantar ke Houston untuk eksport, jatuh di bawah harga niaga hadapan buat kali pertama dalam rekod. – MalaysiaGazette