Jeffri Salim Davidson

KUALA LUMPUR – Dua hari selepas Pengerusi Sime Darby Bhd disahkan positif Covid-19, hari ini Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jeffri Salim Davidson pula disahkan dijangkiti virus itu.

Jeffri kini dikuarantinkan dan dimaklumkan tidak melawat mana-mana premis kumpulan itu dalam tempoh 16 hari lalu.

“Mana-mana pekerja yang mempunyai hubungan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan telah diminta melakukan pengasingan sendiri dan menjalani pemeriksaan perubatan yang diperlukan.

“Sime Darby sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja, termasuk menjejaki individu-individu yang yang telah berhubung dengan CEO kumpulan,” kata kumpulan itu.

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Kewangannya Mustamir Mohamad telah mengambil alih tanggungjawab CEO kumpulan semasa ketiadaan Jeffri.

Selasa lalu, Pengerusi Sime Darby, Datuk Abdul Rahman Ahmad disahkan dijangkiti virus itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast