Peserta Ijtima Ulama Dunia termasuk dari Malaysia berkumpul di Sulawesi.

KUALA LUMPUR – Pucuk pimpinan Jemaah Dakwah dan Tabligh Malaysia yang berpusat di Masjid Seri Petaling hari ini menafikan penglibatan mereka dengan ijtimak di Indonesia.

Jurucakap kumpulan berkenaan, Abdullah Cheong berkata, ijtimak itu bukan anjuran mereka dan ia dianjurkan oleh pihak yang berbeza.

“Kami telah mengarahkan supaya semua rakan seusaha kami untuk mematuhi undang-undang pihak berkuasa.

”Tiada siapa antara kami yang bernaung di bawah Masjid Seri Petaling menghadiri ijtima’ tersebut, dan jika ada warga negara Malaysia yang menyertainya, mereka bukanlah dari Jemaah Dakwah dan Tabligh  Malaysia yang berpusat di Masjid Seri Petaling.

Awal hari ini, pihak berkuasa dan penganjur perhimpunan jemaah tabligh di Sulawesi berkata, perhimpunan yang dijadual berlangsung di Gowa berhampiran bandar Makassar telah ditangguhkan.

Penangguhan acara sama di Malaysia sebelum ini selepas ia  mencetuskan kebimbangan penularan jangkitan Covid-19.

Pemerintah Gowa, Adnan Purichta Ichsan Yasin Limpo menjelaskan Perhimpunan Tabligh Sulawesi ditunda dan ribuan peserta dikuarantin sebelum dibenarkan pulang ke kediaman atau negara masing-masing. -MalaysiaGazette