Berita palsu yang tular kononnya semburan memusnahkan COvid-19 akan dilakukan.

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) nafi penularan laporan yang mendakwa helikopter khas akan digunakan untuk menyembur racun perosak Covid-19.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang menegaskan ianya berita palsu dan beliau dalam masa yang sama menggesa agar penyebaran laporan itu dihentikan serta merta kerana boleh mencetuskan suasana panik.

“Walaupun berita palsu ini tidak menyatakan dengan jelas helikopter milik perkhidmatan sama ada Tentera Darat, Laut atau Udara, namun penggunaan perkataan “tentera’’ atau‘’military” serta hebahan maklumat yang tidak benar boleh mencetuskan suasana panik di kalangan masyarakat.

“Tambahan, ketika ini negara sedang dilanda isu wabak COVID-19,” katanya menerusi kenyataan.

Beliau berkata individu yang didapati menyebarkan berita palsu itu boleh didakwa di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Justeru orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang berita yang boleh mencetuskan kebimbangan.

Untuk maklumat sahih, slla talian Hotline Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sebarang perkembangan terkini juga turut dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) -MalaysiaGazette