Foto hiasan

KUALA LUMPUR – Kurangkan penggunaan beg plastik seperti bungkusan, bekas makanan dan minuman, juga straw minuman.

Elakkan kerap memegang atau menyentuh permukaan berplastik bagi menambah langkah berjaga-jaga mengurangkan risiko gelombang ketiga penularan virus Covid-19.

Demikian nasihat terkini yang diberikan oleh Shahrin Hashim, Pensyarah Kanan, Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UTM.

Ini berdasarkan kajian terkini terhadap kontek bukan manusia, yang sebelum ini telah terlepas pandang dengan memberi tumpuan kepada kontek manusia sahaja.

“Dalam bahasa orang awam, virus suka dan boleh hidup lama di permukaan plastik, jadi elakkan penggunaan atau menyentuh benda-benda berplastik. Apa yang ditakuti semakin menghampiri, beberapa amaran ingatan laporan terdahulu telah menjadi kenyataan.

“Plastik telah menjadi sebahagian daripada kehidupan bermasyarakat dan sosial masa kini. Plastik yang paling banyak digunakan, mudah dan murah serta boleh dikatakan ada dimana-mana sekeliling kita berbanding kayu, kertas (dari kayu), besi, aluminium dan sebagainya.

“Maka adalah penting kita mengetahui adakah wujud pengaruh plastik terhadap Covid-19, kerana peluang berjangkit melaluinya lebih besar berbanding bahan lain.

“Dalam hidup bersosial bermasyarakat kita tak boleh lari dari berhubungan bersentuh atau kontek dengan manusia dan bukan manusia.

Jika dihentikan majlis kenduri kendara dan keramaian pun masyarakat tetap perlu bergerak dari satu tempat ke tempat lain samada menggunakan pengangkutan awam atau kenderaan sendiri untuk bekerja, membeli makan dan sebagainya.

Laporan media terkini menunjukkan sudah ada jangkitan melalui pengangkutan awam. Sudah tentu mengandungi bahan berplastik.

Ramai terlepas pandang bahawa mereka terdedah kepada lebih risiko terhadap banyaknya penggunaan bahan plastik, dan barangan daripada kayu, kadbod, tekstil, besi, tembaga dan sebagainya. Barangan yang banyak terdapat dalam kehidupan harian disekeliling kita.

Berdasarkan kajian National Institute of Health Princeton, University of California LA virus Covid 19 boleh bertahan beberapa jam hingga beberapa hari pada permukaan pelbagai material seperti plastik dan logam juga dalam bentuk aerosal di udara.

“Menurut kajian, virus ditemui empat jam pada permukaan tembaga, 24 jam kotak kadbod, dua hingga tiga hari pada plastik dan besi tahan karat.

“Dalam bentuk ‘aerosal” virus boleh di kesan hingga tiga jam hidup di udara. Aerosal adalah partikel halus kecil yang boleh berada lama di udara. Percikan semasa batuk dan bersin bukanlah aerosal tetapi ‘droplet’ yang mudah jatuh disebabkan tarikan graviti dan tidak ‘terbang’ sejauh aerosal.

“Oleh kerana hampir mustahil kita mengelakkan menyentuhnya maka orang ramai dinasihatkan mengambil langkah pencegahan.

“Orang ramai supaya memakai sarung tangan getah pakai buang apabila keluar rumah terutama untuk menyentuh benda seperti dalam pengangkutan dan tempat awam.

“Ini termasuk tangga, tandas, perhentian bas, teksi, sistem aliran transit (LRT) dan lain-lain. Termasuk barang keperluan yang dibeli di bayar di kaunter seperti di pasaraya (tangan juruwang menyentuh banyak barang yang disentuh oleh ramai orang).

“Memakai baju sekali sahaja dan kemudian basuh dengan sabun, atau kerap membasuh dengan sabun. Sebenarnya sabun lebih berkesan membunuh kuman berbanding bahan sanitasi,” katanya.

Beliau mengesyorkan semua pihak memberikan bantuan sabun percuma kepada orang awam, tambahan pula dalam tempoh sekatan ini.

“Juga disyorkan barangan berplastik dibakar dulu sebelum di buang dan mengawasi cara pembakaran.

“Pengangkutan awam seperti bas dan teksi, gunakan penyembur pembunuh kuman setiap kali orang ramai naik turun kenderaan,” katanya.

Sehubungan itu, semua pihak terutamanya kerajaan memberikan bantuan sabun percuma kepada seluruh rakyat sebagaimana bantuan sardin, selimut semasa bencana banjir besar.

Sabun sebagai senjata utama menghalang penularan Covid-19 disamping mematuhi nasihat dan arahan pihak berkuasa kesihatan seperti sekatan pergerakan.

Ditanya kenapa tidak minta bantuan topeng muka, sarung tangan dan cecair nyahkuman, Shahrin menjelaskannya ia tak praktikal tak mengikut realiti.

“Ini bukan cerita dalam makmal sebagaimana ‘ideal and perfect’ menurut sesetengah pakar.

“Dengan 33 juta rakyat Malaysia sudah tentu memerlukan belanja yang besar walaupun untuk beberapa juta orang. Agak mustahil memandangkan kewangan negara ketika ini.

“Lagi pun perintah berada dalam rumah lebih memerlukan sabun berbanding topeng muka dan sarung tangan,” katanya.

Shahrin turut menasihatkan supaya tinggal dirumah (bukan balik kampung atau berkelah), patuhi arahan sekatan, elakkan ke tempat awam kecuali terpaksa bagi mengurangkan risiko dan memutuskan rantaian jangkitan terhadap anda melalui kontek bukan manusia. – MalaysiaGazette