PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Polis menafikan dakwaan seorang individu menerusi rakaman audio bahawa darurat akan diisytiharkan di negara ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, beliau menerima satu rakaman suara daripada seorang rakan kira-kira pukul 9 malam semalam.

“Dalam rakaman itu terdapat seorang lelaki mengaku sebagai adik ipar kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi, meuar-uarkan kepada orang ramai supaya membuat persiapan membeli barang keperluan kerana dijangka darurat akan diisytiharkan di Malaysia.

“Saya juga tidak mengenali lelaki yang menyebarkan berita palsu tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, Mohd Fahmi menggesa orang ramai supaya tidak berkongsi atau tularkan berita palsu. – MalaysiaGazette