full scale MCO Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020. parliament sitting Malaysia
Minister at Prime Minister's Department, Datuk Takiyuddin Hassan. PIX: HAZROL ZAINAL / MalaysiaGazette / 25 FEBRUARY 2020.

KUALA LUMPUR – Semua ahli Pas diwajibkan mematuhi arahan pihak berkuasa berkaitan Covid-19 atas dasar kepatuhan agama bukan setakat pematuhan undang-undang semata-mata.

Setiauasaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, partinya menyokong penuh segala langkah kerajaan menangani isu pandemik di negara sekarang.

“Pas selain daripada membatalkan semua program awam yang berbentuk perhimpunan dan ceramah sejak pertengahan bulan Februari ini juga turut menangguhkan semua mesyuarat agung dan muktamar sehingga satu tarikh yang belum ditetapkan dengan ketetapan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia,” ujarnya dalam sau kenyataan hari ini.

Justeru, Pas menggesa semua rakyat Malaysia akur serta mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dilakukan kerajaan berdasarkan undang-undang.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.