Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 21 MAC 2020.

PUTRAJAYA – Jumlah petugas kesihatan yang dijangkiti virus COVID-19 meningkat kepada 19 kes dalam kalangan kakitangan Kementerian Kesihatan dan lima lagi dari sektor swasta.

Semalam jumlah yang dicatatkan adalah sebanyak 12 kes (KKM) dan 3 kes (sektor swasta). Dua daripada 12 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan bantuan pernafasan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, punca jangkitan  bukan disebabkan oleh ketidakpatuhan warga kesihatan semasa mengendalikan kes-kes berkaitan Covid-19.

Sebaliknya kata beliau semuanya berpunca selepas kesemua mereka menjadi kontak generasi pertama dan kedua dalam mengendalikan cluster jemaah tabligh baru-baru ini.

“”Sehingga 14 Mac, bilangan anggota KKM yang telah mengambil ujian saringan pengesanan Covid-19 adalah seramai 337 orang dengan 251 daripadanya didapati negatif manakala baki sebanyak 86 pula masih menunggu keptusan ujian,” katanya.

“KKM ingin mengingatkan kepada semua petugas kesihatan dan perubatan yang mengendalikan pesakit mengenai kepentingan untuk menggunakan penutup mulut dan hidung (face mask).

“Begitu juga, mereka perlu sentiasa menjaga kebersihan, khususnya dengan mencuci tangan dengan cara yang betul dan lebih kerap,” katanya dalam sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.alam komuniti yang kecil dan sentiasa berinteraksi rapat.

Beliau juga mengingatkan orang ramai sekiranya tidak sihat hubungi:

Virtual health advisory dan ikuti sesi Webinar yang akan diadakan setiap hari bermula pada jam 9.00 pagi melalui pautan berikut bagi mendapatkan khidmat rundingan:

http://www.doctoroncall.com.my/coronavirus

Orang awam juga boleh menghubungi talian Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, KKM. Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.

“KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa,” katanya. – –MalaysiaGazette

Kematian keempat kes COVID-19 di Hospital Melaka