SC
Suruhanjaya Sekuriti

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Sekuriti sebagai pengawal selia pasaran modal akan beroperasi seperti biasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18-31 Mac 2020.

Bagaimanapun, untuk mengurangkan interaksi sosial semasa tempoh ini, orang ramai digalakkan untuk menghantar pertanyaan atau aduan melalui e-mel kepada kami.

”Kami tidak akan dapat menerima sebarang pertanyaan atau aduan secara bersemuka. Pelabur boleh menghantar e-mel kepada kami di [email protected]. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi talian hotline kami di +603 6204 8999 (9.30 pagi hingga 5.30 petang Isnin hingga Jumaat).

”Pertanyaan umum boleh dihantar melalui e-mel kepada [email protected],” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast