KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin yang sebelum ini tidak banyak bercakap kini kembali lantang dalam laman sosial Twitternya sejak kembali menjadi pembangkang.

Shamsul yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) malam tadi seolah-olah memperlekehkan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Adham Baba.

Adham dalam satu wawancara di RTM telah  memberikan petua minum air panas sebagai antara tips untuk mengelak diri daripada terkena jangkitan wabak pandemik Covid-19.

Bagaimanapun Shamsul Iskandar hanya sekadar tertawa sambil menggelar Adham sebagai ‘Raja Bomoh’ sahaja tanpa melihat intipati wawancara beliau.

“Kah Kah Kah, Menteri Air Suam dah level Raja Bomoh,” ciapnya dalam Twitter.

Bagaimanapun salah seorang pemilik Twitter dikenali sebagai ‘Dr Natassia Sarah bertanya kepada Shamsul adakah beliau hanya bercakap menggunakan sebarang fakta serta bukti atau hanya sekadar menggunakan kenyataan Dr. Amalina Bakri.

Amalina turut menyangkal petua Adham supaya orang ramai digalakkan minum air panas bagi mengelakkan jangkitan Covid-19.

“Ia bukan nasihat (doktor) dan tiada bukti di sebalik syor ini. Sila ikuti nasihat daripada Kementerian Kesihatan dan WHO,” tegasnya.-MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Nasehat amalina tentang cara bunuh kuman yg ada di permukaan kulit dgn membasuh. Nasehat adham tentang cara menolak kuman yg sudah ada dlm mulut tekak masuk kedalam perut yg ada acid. Adakah amalina dan shamsul sudah pasti bahawa virus yg ada dlm mulut tidak boleh d tolak dgn air?
    Kita x tahu sama ada virus ada dlm mulut atau tidak, so apa salahnya kita amalkan selalu minum air suam, limau nipis, lemon. Kumor2 mulut dgn air Colgate plx boleh bunuh kuman dlm mulut. Ini adalah usaha tambahan selepas basuh tangan yg membunuh kuman di luar shj.

  2. Doktor2 duduk dibarisan hadapan menentang Koronavirus, malah ramai yang meninggal dunia demi negara!

    Cap ayam ni apa deliverable? Yileekkks…

Comments are closed.