Narendra Modi

MUMBAI – India melaksanakan perintah berkurung hari ini bagi menghadkan penularan epidemik, Covid-19, di negara itu, dengan 315 penduduknya didapati dijangkiti penyakit itu.

Perdana Menteri, Narendra Modi ketika berucap pada minggu lalu menggesa penduduk negara itu duduk di rumah antara jam 130 GMT hingga 1530 GMT (7 pagi hingga 9 malam waktu tempatan) – lagkah yang beliau sifatkan sebagai tempoh kritikal untuk negara itu menilai keupayaan untuk membasmi pandemik tersebut, lapor Reuters.

“Marilah kita menjadi sebahagian daripada perintah berkurung ini, yang mana akan menambah kekuatan untuk melawan Covid-19.

“Langkah yang kami ambil ini akan membantu pada masa depan,” kata Modi menerusi akaun Twitter sebelum perintah berkurung dilaksanakan.