Angkatan Tentera Malaysia bersama anggota polis menasihati seorang warga asing pulang kerumah sewaktu membuat sekatan jalan raya dalam Ops Covid-19 pada hari kelima Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 22 MAC 2020

KUALA LUMPUR – Ingin mencari kerja di ibu kota, itu alasan yang diberikan oleh seorang warga asing yang didapati berada dalam bas dua tingkat RapidKL ketika pemeriksaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Jalan Ampang hari ini.

Bagaimanapun alasannya itu tidak diterima pihak berkuasa yang membuat sekatan jalan raya berikutan pelaksaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebaliknya lelaki diarahkan turun dari bas yang dinaikinya dan segela pulang ke rumah.

Terdahulu sebanyak dua trak tentera dan sebuah kenderaan Toyota Pajero bergerak daripada Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi ke kawasan Ampang untuk tujuan pengawalan.

Hari ini merupakan hari pertama penglibatan tentera membantu PDRM untuk memastikan rakyat Malaysia mematuhi PKP yang masuk hari kelima yang bertujuan untuk membendung penularan Covid-19. – MalaysiaGazette