Reezal Merican Naina Merican

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) Johor 2020 akan bermesyuarat pada Rabu ini bagi membincangkan penganjuran temasya sukan itu.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata , beliau akan mempengerusikan mesyuarat itu menerusi sidang video.

“Antara implikasi dan aspek-apek yang akan diambilkira adalah persiapan atlet-atlet, cabaran dan kekangan teknikal penganjuran, pandangan dan kekhuatiran pihak penaja untuk aktiviti promosi, pemasaran, liputan media dan program-program pra-SUKMA yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan.

Mesyuarat tersebut membabitkan 14 exco belia dan sukan negeri, wakil Majlis Olimpik Malaysia, Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Majlis Sukan Angkatan Tentera Malaysia (MS ATM), dan Majlis Sukan Polis DiRaja Malaysia (MS PDRM).

Menurut Reezal, isu utama pada mesyuarat itu adalah aspek keselamatan dan kesihatan yang membabitkan risiko Covid-19 ke 30,000 orang atlet, pegawai, petugas, petugas media dan sukarelawan yang akan menyertai temasya sukan tersebut.

“Bagaimanapun, ini tidak termasuk jumlah penyokong dan penonton yang akan hadir di pelbagai lokasi kejohanan.

“Penangguhan Sukma Johor 2020 adalah antara opsyen yang akan dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada Rabu ini nanti,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast