KDN, Mohd Zuki Ali(kiri) menyampaikan watikah pelantikan Zainal Abidin (Kanan) sebagai KSU KPKT berkuatkuasa hari ini.

KUALA LUMPUR – Datuk Zainal Abidin Abu Hassan dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang baharu.

Pelantikan beliau berkuatkuasa serta merta 23 Mac hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd.Zuki Ali mengumumkan pelantikannya menerusi kenyataan media rasmi hari ini yang telah dimuat naik dalam Twitternya.

Zainal Abidin, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembangunan Manusia Universiti Putra Malaysia dan Ijazah Sarjana MUda Pentadbiran Awam dari Universiti New Haven, Connecticut, Amerika Syarikat.

Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 32 tahun dengan jawatan pertamanya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 12 Januari 1988.

Beliau berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk kewangan, penyelidikan dan penguatkuasaan serta pernah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Kementerian Dalam Negeri.

Selain itu,  beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan) Jabatan Perdana Menteri.

“Dengan pengalaman dan kreadibiliti yang dimiliki Zainal, saya yakin beliau mampu membawa KPKT dalam mentransformasikan persekitaran bandar hyang lebih kondusif demi meningktkan kualiti hidup serta kesejahteraan rakyat,” kata Mohd. Zuki.-MalaysiaGazette