ROM – Angka kematian akibat wabak koronavirus di Itali naik sebanyak 602 kes semalam, kenaikan yang perlahan dalam tempoh empat hari.

Jumlah kes jangkitan juga perlahan, sekali gus mengharapkan fasa agresif epidermik itu di Itali berlalu.

Agensi Perlindungan Awam berkata, dengan angka terbaru itu, jumlah kematian keseluruhan adalah 6,077 kes dan psotif virus pula 63,927 kes, kenaikan 4,789 dalam tempoh 24 jam.

Tetapi angka itu masih kenaikan kecil bagi tempoh lima hari.

“Hari ini adalah hari positif pertama selepas kita melalui hari-hari dengan penuh getir.

”Namun, ini bukanlah masa untuk kita bergembira tetapi kami sudah melihat cahaya di hujung terowong,” kata ketua agensi itu di rantau Lombardy, Giulio Gallera.

Lombardy adalah rantau yang paling teruk dilanda wabak itu.

Bagaimanapun, Institut Kesihatan Kebangsaan memaklumkan jumlah saringan yang dibuat turut menyaksikan penurunan, lantaran itu, masih terlalu awal untuk menyatakan berlaku kejatuhan angka kematian akibat Covid-19.

Malah, jumlah kes dijangkiti diraamal bertambah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast