Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali

KUALA LUMPUR – Tiga pihak bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi diberi kelonggaran untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari 18 hingga 31 Mac ini.

Menterinya, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, mereka ialah pemilik ladang atau pekebun kecil yang memiliki kad Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) dan pembeli getah berlesen yang masih sah dengan Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Katanya, pihak ketiga ialah syarikat pemprosesan getah bagi memenuhi keperluan untuk penghasilan produk peralatan perubatan dan lain-lain.

“Semua pembeli getah berlesen dan syarikat pemprosesan getah wajar beroperasi seperti biasa bagi memastikan getah yang ditoreh oleh penoreh dapat dijual dan diproses,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, peraturan keselamatan kesihatan sebagaimana taklimat Kementerian Kesihatan perlu dipatuhi sepanjang proses bekerja dan beroperasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Tiada peneroh getah, kilang sarung tangan perubatan terpaksa berhenti operasi. Tiada pesawah, petani, nelayan rakyat akan kelaparan. Nasib baik tidak ditukar tanam buluh, rakyat disuruh jadi beruang Panda ke.

Comments are closed.